Selasa, 15 Julai 2014

Pengecualian Polisi




Polisi ini tidak memberi perlindungan ke atas kerugian tertentu, seperti: 

 Kecurian semasa atau selepas berlakunya kebakaran
 Kebakaran harta di bawah perintah oleh mana-mana pihak berkuasa awam
 Kebakaran bawah tanah, pencemaran atau kontaminasi
 Perang, perang saudara dan mana-mana tindakan keganasan
 Risiko radioaktif dan tenaga nuklear
 Pengenalpastian tarikh
 Kerosakan harta kepada data atau perisian

Terma & Syarat





Kepentingan pendedahan – anda dikehendaki mengemukakan semua fakta dalam
borang permohonan anda dengan sepenuhnya dan jujur.

Dasar pembayaran ganti rugi untuk kerugian/kerosakan terhadap harta benda:
Nilai Pasaran – ia akan membayar nilai harta diinsuranskan pada masa kerosakan
atau kerugian setelah ditolak elaun untuk kehausan dan kelusuhan dan/atau susut
nilai dan tertakluk kepada pemotongan mana-mana lebihan dan amaun yang wajib
ditanggung anda di bawah polisi ini.

Nilai Penggantian (baru atau lama) – ia akan membayar kos penuh untuk membaiki
bangunan yang rosak tanpa sebarang pemotongan dibuat ke atas kehausan,
kelusuhan atau susut nilai, dengan syarat jumlah diinsuranskan adalah mencukupi
untuk menampung jumlah kos untuk mengembalikan bangunan tersebut.

Lebihan – sebagai amaun yang harus ditanggung anda sendiri sebelum anda dibayar
balik. Ia diguna pakai untuk peril tertentu, contohnya tuntutan bagi tangki, perkakas
atau paip air pecah atau melimpah, ribut angin dan banjir.

Premium


Premium yang anda perlu bayar bergantung kepada pekerjaan atau perdagangan, jumlah 
diinsuranskan, jenis pembinaan bangunan tersebut berasaskan Tarif Kebakaran Semakan. 

Premium minimum yang dikenakan untuk polisi ini adalah RM75.00 setelah ditolak mana-mana 
diskaun yang dibenarkan oleh Tarif Kebakaran selain daripada diskaun untuk komisen atau 
yuran broker. 


Bayaran yang anda perlu bayar selain premium
 Komisen dibayar kepada ejen insurans 15% daripada premium
Amount 
 Duti Setem RM 10.00

Perlindungan & Manfaat



Polisi Kebakaran yang standard melindungi:

 Kebakaran, kilat dan letupan disebabkan oleh gas yang digunakan untuk kegunaan
kediaman persendirian sahaja.

Anda boleh memperluaskan polisi ini untuk melindungi bahaya (peril) khas seperti berikut
dengan bayaran premium tambahan:

 Kerosakan pesawat udara
 Gempa bumi atau letusan gunung berapi
 Petir, ribut
 Banjir
 Letupan
 Kerosakan hentaman
 Tangki, perkakas atau paip air pecah atau melimpah
 Kebakaran belukar / lalang
 Penenggelaman dan runtuhan tanah – perlu lengkapkan Borang Soal Selidik Khas
 Pembakaran secara spontan
 Rusuhan, mogok dan kerosakan berniat jahat
 Kerosakan akibat pokok atau cabang pokok tertumbang dan objek terjatuh

Tempoh perlindungan adalah selama satu tahun dan anda dikehendaki membaharui polisi
insurans anda setiap tahun.

Selasa, 8 Julai 2014

Insurans Kebakaran


PENGENALAN
Polisi ini melindungi harta anda (bangunan dan/atau kandungan) terhadap kerugian atau kerosakan akibat Kebakaran & Kilat.